Sunday, 21 August 2016

PLANT BOOSTER
DARIPADA UNIT
Bahagian Hortikultur
Jabatan Pertanian Serdang
Selangor
APAKAH MIKROORGANISMA?
Benda hidup yang sangat seni sehinggakan tidak kelihatan dengan mata kasar
KUMPULAN MIKROORGANISMA

Virus
Bakteria
Kulat
Protozoa
Algae
APA ITU MIKROORGANISMA TEMPATAN BERFAEDAH?
  Merupakan kumpulan mikroorganisma yang diperolehi secara semulajadi dikawasan setempat atau berdekatan melalui proses-proses tertentu yang memiliki kerjasama antara satu sama lain bagi membantu organisma lain mendapat faedah hasil daripada kerjasama tersebut
TEKNOLOGI SEDIADA
IMO, Korea - 1998
EM,BIM, Japan – 1995
Mula berkembang tahun 2005
Kursus dan plot promosi
Hubung kait dengan organic farming
APAKAH KEPENTINGANYA PADA TANAMAN????

SECARA UMUM


Untuk meningkatkan kualiti dan hasil tanaman yang sihat

Untuk meningkatkan ketahanan penyakit
Mempercepatkan proses pereputan dan penguraianNutrien mineralization
Meningkatkan populasi mikroorganisma berguna yang lain-simbiosis
Mengurangkan kadar kehilangan nutrien dan meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien
APAKAH YANG MEMPENGARUHI KEAKTIFAN MIKROB?
Suhu  kurang aktif pd suhu rendah
         kebanyakan aktif pada suhu 35°C-40°C

pH     bergantung kepada jenis

Keamatan cahaya – membiak dengan aktif dalam        keadaan gelap
Kehadiran nutrien – semua mikrob memerlukan nutrien        kecuali virus
IDEA TEKNOLOGI

  Hasil inovasi gabungan teknologi organik farming Korea,Jepun dan india yang menggabungkan unsur tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nilai nutrien dan hormon semulajadi yang tinggi bersama mikroorganisma berfaedah

APA ITU ORGANIK PLANT BOOSTER????
Merupakan gabungan bahan-bahan semulajadi bersama mikroorganisma berfaedah yang memberi kesan keatas pertumbuhanmembaik pulih dan meningkatkan hasil tanaman



INGAT IANYA BUKAN BAJA tetapi bahan pengalak tumbesaran semulajadi yang melalui proses fermentasi


APAKAH YANG WUJUD DI DALAM ORGANIC PLANT BOOSTER?
Nurtrien – mempunyai N,P,K,Mg,Ca dll TETAPI dgn nilai yang rendah

Mikroorganisma berfaedah – laktobasillusfotosintetik bakteriayis dan actinomyceters

Hormon semulajadisumber tanaman





 






KAEDAH PEMBUATAN

Bahan-bahan tersebut perlu dikisar halus dengan menggunakan blender

Campurkan semua bahan tersebut kecuali labu dan ragi yang paling akhir campuran

Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi kedalam bekas dan tinggalkan 1/3 ruang udara

Peram secara partially anaerobik selama seminggu

KAEDAH PEMBUATAN

Dianggap matang apabila terdapat miselium putih dipermukaan larutan

Tapis dan simpan di tempat yang gelap



PROSES PEMERAMAN

JANGKA HAYAT

Selama 6 – 8 bulan bergantung pada penyimpanan

Sentiasa memeriksa perubahan pH. pH yang sesuai 3.5 – 4.0

Jangan biarkan terdedah kepada cahaya terus


KENAPA ORGANIC PLANT BOOSTER?

Sangat mudah diaplikasi

Penggunaan yang sangat meluasdalam fertigasi dan pertanian konvensional

Sebagai suppliment tambahan kepada tanaman

Membantu pokok meningkatkan pengambilan nutrien

APLIKASI  

Boleh digunakan terus pada tanaman – sukatan mengikut jenis dan umur tanaman

Boleh digunakan dalam pembuatan kompos ataupun bokashi





CONTOH APLIKASI

Tomato

Minggu (M) 1-2 ( 10ml/1Liter air), M 3-5 (15ml/L),  M 6-8(20ml/L) dan M 9 keatas (25ml/L)

Cili

   5ml/L(M1) – 10ml/L(M3) -15ml/L(M5) – 20ml/L(M7)- penggunaan 20ml kekal sehingga 2minggu seterusnya

Melon (rock melon – glomour dan golden langkawi)

   5ml/L(M1) – 15ml/L(M3) -20ml/L(M5) – 25ml/L(M7)

KEBAIKAN ORGANIC PLANT BOOSTER

Mempercepatkan pertumbuhan pokok

Dapat meningkatkan 20-30% hasil tanaman

Dapat menjimatkan baja

Mempercepatkan tempoh masa pembungaan

Memanjangkan tempoh hayat tanaman

Meningkatkan ketahanan penyakit


KELEMAHAN

Pokok akan menunjukkan kesan kekurangan nutrien yang ketara apabila tiada atau baja yang sedikit


No comments:

Post a Comment